Thursday, March 5, 2009

Taklimat ICC - panduan kepada kumpulan baru

Alhamdulillah taklimat pagi ini berjalan dengan lancar.

Presentation material yang aku sediakan tu sebenarnya kurang sesuai untuk participants pagi tadi. Namun, ianya bukan masalah besar memandangkan dalam thumb drive saya ada banyak lagi presentation material lain. Jadi saya tunjukkan yang mana yang bersesuaian.

Most of the participants were new to ICC. Some without knowledge on ICC at all. Honestly, I think it was easier this way. I focused more on sharing my experiences with them, rather than on the ICC aspects itself. At this stage, the most important thing is for them to make the very first step. For 2 hours briefing, certainly not suitable for me to explain in details about the analysis to be done or on what kind of tools to be used.

I highlighted on the important of having the first meeting. Why? Because many of my friends told me that they don't have any project for ICC. So I asked them, "Have you arrange for meeting?" Most of the time, the answer was "no, we are too busy"

Believe me, no meeting, no project.
Just as simple as that.

...to be continue.

Labels:

Friday, February 27, 2009

Pemilihan Tajuk ICC

Seringkali, kumpulan ICC akan mengadu yang mereka tidak dapat mencari tajuk yang sesuai untuk projek ICC mereka. Sekaligus menjadikan alasan kenapa tiada projek ICC untuk jabatan mereka.

Apa yang boleh mereka buat adalah mengumpulkan perkara/maklumat berikut:

  1. Polisi kualiti syarikat (kalau syarikat yang ada ISO9001 mesti ada)
  2. Piagam pelanggan
  3. Aduan/maklumbalas pelanggan
  4. Pelan Perniagaan Jabatan
  5. dan lain-lain maklumat yang berkaitan dgn no. 1-4 di atas

Berdasarkan maklumat ini, bandingkan pula dengan prestasi jabatan/syarikat.

Kalau ada yang tidak capai target atau prestasi yang menurun, maka di situlah yang patut ahli kumpulan boleh fokus semasa ingin membuat pemilihan tajuk projek ICC.

Aduan/maklumbalas merupakan maklumat yang paling berguna untuk projek ICC. Sememangnya aduan/maklumbalas dari pelanggan adalah satu input yang berguna kepada syarikat dalam membuat penambahbaikan (improvement) di dalam proses kerja mereka.

Sekiranya tiada aduan atau maklumbalas direkodkan oleh pihak jabatan atau syarikat, kumpulan boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mengedarkan borang kajiselidik. Cubalah edarkan borang tersebut kepada pelanggan dalaman dan juga pelanggan luar. Kemudian kajilah keputusan yang diperolehi. Dengan mudah sahaja kumpulan boleh mendapat ilham untuk projek ICC.

Labels:

Presentation material for 2 hours

Pagi ni aku sibuk dengan presentation material untuk briefing ICC hari khamis nanti. Sebenarnya material tu memang dah siap, tapi bila difikirkan balik, lebih sesuai kalau aku simplified presentation tu berpadanan dengan 2 jam masa taklimat.

Sampai terlepas lunch.... heheheh...